Monday 28 November 2011

ULASAN PUNCA KEKALAHAN TANAH TUMPAHNYA DARAHKU???

Apakah kekalahan pasukan bolasepak Malaysia malam ini ada kena mengena dengan skandal penjaga gol Malaysia??

Sebelum itu, anda baca dulu ulasan perlawanan tadi:-

ULASAN PERLAWANAN

1 – 10 minit : dua kali Malaysia berjaya menembusi barisan pertahanan Bahrain namun gagal menghasilkan peluang. Sedangkan Bahrain berjaya membuat serangan balas dan percubaan mereka ditangkap kemas oleh Apek.

11 – 20 minit : Bahrain banyak menguasai bola namun sesekali Malaysia cuba mengasak namun masih buntu untuk membuat percubaan tepat.

21 – 30 minit : Malaysia memperoleh sepakan sudut yang pertama dalam perlawanan namun tidak mengancam kubu Bahrain. Malaysia berjaya menjaringkan gol melalui Nazmi Faiz sepakan jauh yang berjaya menewaskan penjaga gol Bahrain.

31 – 40 minit : Bahrain cuba mengasak Malaysia untuk mencari gol penyamaan, namun benteng Malaysia bijak membaca gerakan lawan dan beberapa kali melakukan serangan balas pantas. Thamil Arasu dikenakan kad kuning kerana meneruskan permainan walau pengadil meniup wisel offside.
Wan Zack Haikal dikeluarkan – Syahrul Azwari dimasukkan

41 – 45+1 minit : Malaysia dilihat lebih banyak melakukan serangan hasil serangan counter attack namun seperti biasa peluang untuk menjelmakan gol gagal.

SEPARUH MASA KE 2

46 – 50 minit : Separuh masa kedua dimulakan. Pemain bahrain, Husain dilayangkan kad kuning selepas menarik baju Irfan Fazail.

51 – 60 minit : Fadhli Shah menerima kad kunig kerana menerjah keras pemain lawan. Momahamed Azi dilayang kad kerana menarik Fandi. Malaysia dilihat kepenatan dan bola banyak dikuasai Bahrain. Pemain Bahrain, Fahad Tareq menerima nasib apabila menerima kad merah. Gollllllll…..Malaysia meraih gol kedua menerusi Mahali Jasuli. Kedudukan Malaysia 2 Bahrain 0.

61 – 69 minit : Bahrain dilihat tertekan dan banyak melakukan kesalahan. Sepakan penjuru untuk Bahrain. Pemain Bahrain dipersalahkan keranan mengasari Khariul Fahmi dalam kotak penalti. Pemain Bahrain, Isa Ahmad dilayangkan kad kuning kerana mengasari pemain Shahrul Azwari. Lontaran ke dalam untuk Malaysia.

70 – 79 minit : Saat Ahmed menjaringkan gol pertama Bahrain. Kedudukan Malaysia 2 Bahrain 1. Sepakan percuma diperolehi Bahrain di depan kotak penalti. Bahrain meraih gol kedua, dan seminit kemudain gol ketiga.

80 – 90 minit : Kedudukan Malaysia 2 Bahrain 3. Penyokong dilihat berpusu-pusu keluar. Perlawanan tamat. Malaysia terkeluar dari saingan Olimpik atas kealpaan pasukan Malaysia sendiri.

terima kasih kepada rakan yang memberi ulasan cantik nie...

No comments:

Post a Comment