Saturday 14 April 2012

Si Luncai berdemo PTPTN

Salam 1 PTPTN..

BLL tengah sibuk menyaksikan kehebatan anak muda yang menggunakan saluran jalanraya untuk mendapatkan apa yang mereka mahu. Ta[i sedarkah mereka yang permintaan mereka sangat merepek. BLL setuju jika PTPTN dimansuhkan tapi biarlah relevan dan lebih banyak kebaikannya dari yang ada sekarang ini. BLL pun boleh bising2 suruh mansuhkan loan persendirian kalau macam tu la hak kebebasan. BLL hanya akan merepost kan kembali apa yang sebelum ini BLL dah post mengenai PTPTN.klik sini

Dalam pada mereka sibuk berdemo tetapi mereka masih terlupa mengenai UNISEL. Meh kita lihat gambar2 yang ada ini.

dari twitter menteri KPT.

SEBELUM NAK SIBUK MENJAGA KEBAJIKAN SEMUA MAHASISWA LAIN KALI JAGA DULU KEBAJIKAN MAHASISWA DIDALAM NEGERI PAKATAN. NEGERI SENDIRI PUN MAHASISWANYA TIDAK MENDAPAT PENDIDIKAN PERCUMA INI NAK SURUH SELURUH NEGARA IKUT. 

PUUUUIIIHHHH!!!!!!!!!!!!!!!!

belalah nasib kolej diatas.


BLL nasihatkan kepada semua adik2 yang berintelektual janganlah mudah terpedaya dengan anasir2 yang cuba merosakkan keamanan negara kita ini. Bukannya kita perlu sentiasa mengikut telunjuk orang yang kita sokong tetapi kadang2 kita perlu berfikir sendiri kerasionalan sesuatu perkara tersebut.

KAMI TOLAK PRO-MAHASISWA


Thursday 12 April 2012

3 IDIOT : Wayang Melayu UTHM PART II

Sebelum ni BLL ada menceritakan mengenai 3 IDIOT PART 1. konon2nya mereka dizalimi oleh pihak pentadbiran UTHM. Nasib baik prosiding ditangguhkan kalau tidak mesti UTHM dah jadi macam BERUK SARKAS pada hari tersebut.

Kali ini, BLL ingin  berkongsi sedikit mengenai kejadian IDIOT ini. Apa yang BLL x paham kenapa perlu melibatkan politik luar untuk campur tangan?

mereka mengupload video mengatakan membantah tindakan ahli politik untuk masuk kedalam UTHM. tapi bila kes mereka disabitkan, kenapa harakahdaily menguar2kan mengenai kes mereka? harakahdaily


Adakah mereka tidak tahu yang perkara ini hanya melibatkan mangsa dan universiti. Hukuman masih belum dijalankan dan mereka mempunyai hak untuk membela diri. 

tapi apa kes belum diuar2kan dah duk sibuk pihak pembankang mencanang berbagai cerita??

ADA YANG MENAJA PRO-MAHASISWA KE???? 

SAMPAI MEREKA BERIA2 UNTUK MELANTIK PEGUAM DAN MEMANDANG SERIUS PERKARA YANG BELUM DIJATUHKAN HUKUM???

ADA PULA MAMAT PENYOKONG TEGAR PRO-MAHASISWA DAN PAKATAN RAKYAT POST BENDA INI. SO APA PANDANGAN PEMBACA SEMUA?TIDAK RASA HAIRAN KE?

suruh pelajar setai politik katanya.

Mereka membantah kepartisan masuk ke dalam UTHM tapi mereka menyokong tindakan membenarkan kepartisan masuk ke dalam UTHM di TUNTUTAN BEBAS sebelum ini.


bukti penyokong tegar pakatan rakyat

ASPIRASI ada mengeluarkan kenyataan mengenai 3 idiot ini. dan mereka sendiri menyokong sekiranya kepartisan tidak masuk ke dalam IPTA. Ini membuktikan pihak ASPIRASI berpendirian teguh untuk mengatakan pendirian mereka.



KUMPULAN PRO-MAHASISWA KENAPA TIADA PENDIRIAN KUKUH?

Wednesday 4 April 2012

3 IDIOT : Wayang Melayu UTHM

BLL dengar2 pada 6/4/2012 akan diadakan 1 perbicaraan untuk tiga student UTHM atas kesalahan MEMALUKAN nama IPTA mereka.

SIAPA MEREKA?



APA KESALAHAN YANG MEREKA TELAH BUAT?




APA PENYOKONG MEREKA TELAH LAKUKAN?




PATUTKAH BEGINI PENYOKONG MEREKA LAKUKAN?


PERNAHKAH MEREKA TERBACA DIDALAM 

PERATURAN UTHM MENGENAI PERKARA INI?




Kesalahan yang pihak UTHM jatuhkan kepada mereka adalah MEMALUKAN pihak universiti. BLL setuju tindakan mereka memprotes mengenai program yang bersifat kepartisan masuk kedalam IPTA. Tapi tidak boleh ke mereka melakukan bantahan cara yang BERHEMAH? Mereka terlupa ke yang otai2 mereka suka menghantar MEMORUNDEM TERLUPA TANDATANGAN? BLL tahu mereka terikut2 dengan budaya mahasiswa jalanan yang lain tapi di UTHM kita diajar kemahiran insahniah bukan menggunakan cara2 SEPASTIK macam ni.

# MEREKA KATA PIHAK UTHM MEMBAWA MASUK PARTI POLITIK KE DALAM UTHM. BLL ADA JUGA DENGAR2 YANG PRK LEPAS MEREKA MEMBAWA MASUK AHLI POLITIK PEMBANGKANG KEDALAM UTHM. SIAPAKAH? ADA MASA KITA HURAIKAN DI

3 IDIOT : PART II

Tuesday 3 April 2012

FAKTA : KUIS DAN UNISEL

PTPTN MANSUH


Itu yang kita dengar untuk isu terbaru sekarang ini. Dibawa khas oleh sekumpulan anak muda yang semakin menjadi-jadi cetek ilmu mereka. Selepas drama penyerahan batu nesan depan KPT sampaikan terlupa untuk menandatangani memorundem. Isu ini pula yang dimainkan.

14. APRIL . 2012
HIMPUNAN MENUNTUT PENDIDIKAN PERCUMA


BLL orang yang paling bersorak gembira sebab hutang kita belajar telah dihapuskan sekiranya perkara ini terjadi. Tapi bila difikirkan sedalam-dalamnya adakah mereka terfikir perkara2 lain yang akan berlaku.

-  Dari manakah sumber yang ingin Kerajaan pemerintah perlu dapatkan sekiranya semuanya  
   diberi percuma?Adilkah pula kepada mereka yang tidak menyambung pembelajaran ke 
   peringkat IPTA sekiranya semua subsidi disalurkan kepada mahasiswa sahaja?

-  Adakah patut memberi yuran pembelajaran percuma? Sedangkan ada sesetengah mahasiswa 
   menggunakan duit pinjaman PTPTN untuk sara hidup mereka? Sekiranya dihapuskan adakah  
   elaun untuk mereka disediakan? Bagaimanakah mereka ingin meneruskan kehidupan tanpa 
   wang sara diri sepanjang semester?

-  Mampukah Malaysia melahirkan golongan yang berintelektual pada masa hadapan sekiranya 
   semua pelajar datang hanya untuk mendapatkan diploma/ijazah tanpa memikirkan pointer 
   mereka. Sekurang2nya pada masa sekarang pelajar yang memperolehi 2.0 kebawah PTPTN  
   akan menggantung pinjaman mereka.Dengan ini mahasiswa akan lebih berusaha keras bukan 
   sahaja untuk mendapatkan kejayaan pada jangka masa panjang tetapi juga kejayaan untuk masa 
   jangka pendek.

-  Dan yang paling musykil kenapa kolej atau universiti di bawah kelolaan kerajaan negeri 
   pembangkang tidak memulakan langkah ini? Kenapa perlu mendesak kerajaan perseketuan 
   mulakan dulu. Buktikan yang kerajaan negeri boleh mulakan dan barulah boleh dijadikan contoh   
   kepada orang lain.





INI BUKTI YANG KUIS SENDIRI MELETAKKAN BAYARAN KEPADA PARA PELAJARNYA


UNISEL : JUMLAH BAYARAN YANG DIKENAKAN KEPADA PELAJAR MEREKA.

AISSSSSHHHH

MACAM MANA BOLEH JADI MACAM NI?????????

SIBUK MEMINTA PENGAJIAN PERCUMA TAPI TEMPAT SENDIRI TAK MAMPU BERI PERCUMA...

GULA-GULA POLITIK KAH??????


BLL suka sangat2 kalau PTPTN dimansuhkan tapi biarlah releven dengan caranya. jangan
sampai makin ramai mahasiswa LEMAU dan terus LEMAS dengan janji2 KOSONG. 

BAGAIMANA TIDAK TERSUSUNNYA AYAT DALAM ENTRY INI BEGITULAH TIDAK TERSUSUNYA PEMIKIRAN MEREKA YANG BERFIKIRAN CETEK INI.

Monday 26 March 2012

SERANGAN TAHAP KE15 KEPADA PRO-MAHASISWA

HANCUR BERDERAI AIR MATA, TERDUDUK DAN BERBARINGLAH PRO-MAHASISWA BILA DAH DENGAR PENGAKUAN DARI BEKAS PIHAK MEREKA SENDIRI... JANGAN SAMPAI ADA YANG WAT UGUTANLA... 

saksikan dulu video ini..


SEE!!! SEE!!! SEE!!!!

KEPENTINGAN INDIVIDU !!!!!!!


Patutlah mereke ada masa nak wat demonstrasi bagai. Rupanya masa mereka banyak ke arah tersebut sebab tak perlu nak menjaga hal-hal kebajikan mahasiswa. Perkara ini disampaikan sendiri oleh bekas ahli tertinggi PERSATUAN MAHASISWA ISLAM UTM (PMIUTM) mengenai senario politik mereka. klik disini

Nak buat macam mana kalau dah mereka suka wat DEMO dan MEROSAKKAN HARTA BENDA JE. Pengaruh dari mentor2 mereka kan... KAHKAHKAH..

Kalaulah PRK dibuat sekarang meraunglah dan Merataplah Pro-Mahasiswa nak lawan balik isu ini. Takkan nak gunakan strategi PELAJAR HILANG LAGI KAN??? kahkahkahkah...


"KAMI BERSAMA KHAIRUL NIZAM"

support us! 

Friday 23 March 2012

SURAT UNTUK ADIK-ADIK YANG AKAN MELANJUTKAN PELAJARAN KE IPTA

Salam 1 SPM abang ucapkan pada adik2 semua...

Kepada semua pelajar yang mendapat keputusan cemerlang masa SPM hari tu, abg ucapkan tahniah pada semua. yang tidak berjaya jangan anggap ia sebagai 1 bentuk kegagalan. Sekali gagal bukan bermakna kita gagal selama2nya. abg dulupun lemas sewaktu menduduki SPM, tapi sekarang. Abg nekad untuk berjaya dan terus berjaya.

Abg ingin berkongsi sedikit pengalaman kepada adik2. Disebabkan blog ini blog berfokuskan kepada politik kampus, abg ingin memberikan sedikit nasihat kepada adik2 mengenai situasi politik kampus.

Adik masuk sahaja ke dalam mana2 IPTA, maka bermulalah PENGKADERAN sebuah parti politik yang dipanggil PRO-MAHASISWA. mereka juga ada nama2 lain. disini abang bagi sedikit info bergambar mengenai mereka.


# abg saja mengkaburkan dan hanya menunjukkan julangan tangan sebagai trademark mereka.

APA YANG MEREKA INI AKAN BUAT??

Mula2 mereka akan merapatkan diri dengan adik2 semua untuk mengetahui latar belakang adik. Mereka buat ni dengan penuh strategi dengan mengajak adik ke program2 berbentuk keislaman. abg x pernah menghalang adik2 ke program tersebut tapi bila ada pihak yang cuba menyelam sambil minum air. Adik2 berhati2 lah dengan taktik tersebut. Carilah ilmu akhirat semahu2nya tapi jangan sampai niat adik2 terpesong ke arah laluan politik radikal ini.

OK!!! selepas mereka dh dapat calon2 berpotensi, mereka mula melakukan pengkaderan. CALON2 BERPOTENSI SAHAJAYANG AKAN di basuh dengan berbagai2 dakyah memburuk2kan setiap situasi yang berlaku di setiap IPTA. Sampai teruk sangat kesalahan yang pihak IPTA lakukan di pandangan mata mereka. Mereka menanamkan sifat kebencian melampau kepada IPTA masing2 terutamanya bahagian hal ehwal mahasiswa.


Kepada adik2 yg tidak berpotensi???? 

Anda semua balik dan g baca buku, duk dalam bilik sorang2, jadilah student 3K ( KATIL,KELAS KAFE). Program mereka hanya untuk calon berpotensi sahaja. 3K not allowed.. kehkeh..

ini serba sedikit mengenai suasana politik kampus

BAB 1 : PENGKADERAN PELAJAR BARU.
Ada masa abang cerita pula mengenai

BAB 2 : NASIB CALON BERPOTENSI

DISINI ABANG LETAKKAN SEDIKIT PERBEZAAN YANG SIMPLE MENGENAI 2 PARTI POLITIK YANG BERADA DI IPTA.

TEMPAT       : BANGGUNAN KPT PUTRAJAYA
PENERIMA   : PEGAWAI KHAS KHALED NORDIN

FIRST : PRO-MAHASISWA

MEREKA MENYERAHKAN BATU NISAN?? 
APA NI?? 

INGAT MANUSIA/MAHASISWA TIADA AKAL KE?? 
NAMA PENYERAHAN MEMO TAPI KENAPA BUAT MACAM NIE?? 

TIRU POLITIK LUAR KE WAHAI MAHASISWA ROBOT???


INI PULA DARI 
ASPIRASI- PENGGERAK WADAH MAHASISWA



MANA BATU NISAN???
TAK NAMPAK PUN???
DAH DISOROKKAN KE OLEH PEGAWAI KHAS??

INI BARULAH DINAMAKAN PENYERAHAN MEMO. BERSURAT. 

ADIK2 SENDIRI BOLEH NAMPAK PERBEZAAN MEREKA. WAH!!!!!! HEBAT PADA MULANYA MENGGUNAKAN NAMA ISLAM TAPI SEDARKAH MEREKA MANA2 AGAMA SEKALIPUN TIDAK MENYURUH KITA MELAKUKAN KEBIADAPAN PADA SESAMA MANUSIA. TAPI SAYANG BILA AGAMA DIPERGUNAKAN BEGINALAH TERJADI. BIADAP,MENIPU,MEMFITNAH DAN SEWAKTU DENGANNYA.

SEKALI LAGI ABG INGATKAN PADA ADIK2. GUNAKANLAH MATA HATI UNTUK MELIHAT MANA YANG BENAR MANA YANG SALAH. BUKAN MENGGUNAKAN MATA NAFSU. KALAU TIDAK ADIK AKAN TERKORBAN DAN 

MENGHANCURKAN HARAPAN KELUARGA ADIK DAN MASA HADAPAN ADIK2 SENDIRI.

Saturday 25 February 2012

PEPERANGAN BERMULA. ANGKAT SENJATA WAHAI MAHASISWA

Nampaknya bulan mac yang akan datang merupakan 1 detik dimana laungan-laungan keramat di setiap pelusuk IPTA akan bergema. Secara nyatanya peperangan ini melibatkan 2 penjuru iaitu Pro-Aspirasi dan Pro-Mahasiswa. 

Bila bermulanya perang saraf dari ke22 belah pihak. Maka mahasiswa perlulah berhati-hati dengan taktik dan perjuangan setiap parti. Jangan mudah terpengaruh hanya kerana menggunakan nama MAHASISWA.

Para penyokong kuat dan berat mula menyokong dan menghebahkan setiap kebaikan parti mereka. Calon-Calon yang bertanding telah mula menunjukkan kebaikan dan kerajinan mereka. Mula berhujah secara berhemah. Para penyokong mula melakukan provokasi keatas mana-mana calon yang mereka rasa akan menjadi PARASIT pada pihak mereka.

Kali nie mari kita lihat serangan pertama dari ke22 belah pihak untuk meraih undi mahasiswa. Seperti biasa aku mengambil contoh Universiti Tun Hussein Onn sebagai perbandingan.


ok yang pertama dari parti bergelar Pro-Mahasiswa. Timbul sedikit pertanyaan dalam diri ini.

1. mendokong hasrat Universiti : yeke? tengok macam selalu menghentam sahaja. asal salah je mesti salah
     HEP. mereka langsung tak pernah melakukan salah. Tahulah masing-masing maksum.

2. Hak kebebasan yang bagaimana mereka mahukan? dari aku belajar dahulu tidak pernah pun aku dengar
    atau terasa hak aku sebagai mahasiswa disekat. elok je ak siap boleh menjerit-jerit lagi. kalau kita tengok
    dalam video rapat umum pun. Sampai terlupa nak jaga aurat sebab duk menjerit. 


3. Adakah selama ini demokrasi yang tidak adil? apa yang tidak adil dari sudut pandangan mereka?



yang kedua dari parti Pro-Aspirasi
Disebabkan mereka baru melancarkan misi dan visi mereka maka aku masih belum dapat melihat sejauh mana kedangkalan tersebut. Setakat ini apa yang dilihat kepimpinan dari Aspirasi sentiasa memberikan persembahan terpuji.

Sedikit pesanan dari abang kepada wakil-wakil Aspirasi 

LAIN KALI KALAU NAK LETAK GAMBAR USAHA-USAHA ANDA JANGAN LETAK DEKAT-DEKAT NAK PILIHANRAYA. LETAK AWAL-AWAL. MACAM YANG PIHAK PRO-MAHASISWA SELALU BUAT. MERAIH SIMPATI DENGAN GAMBAR KONON-KONON MEREKALAH PENYELAMAT MAHASISWA. ABANG TAHU MPP ASPIRASI TAK NAK MENUNJUK2 KERJA YANG MEREKA LAKUKAN TAPI BILA MEREKA MULA PUKUL GENDANG JANGAN KITA DUK MENARI. 

KALAU TIDAK KITA PUN TURUT LEMAS MACAM BISKUT.